KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 10 kes baharu Covid-19 hari ini, turun empat kes berbanding kelmarin (14).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kadar positiviti menurun kepada 1.46 peratus daripada 2.10 peratus kelmarin tetapi sampel ujian sebanyak 687 hampir sama dengan jumlah sebelum ini (666).
“Tiga daerah mencatatkan jangkitan baharu iaitu Kota Kinabalu dengan 8 kes serta masing-masing 1 kes di Lahad Datu dan Tuaran. Sebanyak 24 daerah lain tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu sepanjang 24 jam yang lalu,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.
Kesemua 10 kes yang dilaporkan har ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2.
Jumlah kes mengikut daerah:
Kota Kinabalu 8 (2)
Lahad Datu 1 (0)
Tuaran 1 (4)
Beaufort 0 (0)
Beluran 0 (0)
Kalabakan 0 (0)
Keningau 0 (0)
Kinabatangan 0 (0)
Kota Belud 0 (0)
Kota Marudu 0 (0)
Kuala Penyu 0 (0)
Kudat 0 (0)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Papar 0 (4)
Penampang 0 (0)
Pitas 0 (0)
Putatan 0 (0)
Ranau 0 (0)
Sandakan 0 (2)
Semporna 0 (0)
Sipitang 0 (1)
Tambunan 0 (0)
Tawau 0 (1)
Telupid 0 (0)
Tenom 0 (0)
Tongod 0 (0)
(Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin. – 01/01/2023)
Kluster Baharu
Tiada































