KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun (Dr.) Musa Aman diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor menghadiri Majlis Tahlil, Doa Kesyukuran dan Solat Hajat sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah Peringkat Negeri Tahun 2026 di Masjid Negeri Sabah, di sini, hari ini. (gambar)
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr. Mohd. Arifin Mohd. Arif; Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan; serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin, tahlil dan doa selamat sebelum diteruskan dengan azan, Solat Jumaat dan Solat Hajat.
Solat Hajat berkenaan diadakan bagi memohon keberkatan dan kesejahteraan rakyat serta negeri Sabah sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah Peringkat Negeri Tahun 2026.
































