KOTA KINABALU: Penduduk di beberapa kawasan Kota Kinabalu dan Tuaran akan mengalami gangguan bekalan air secara berperingkat mulai Rabu (26 Ogos) hingga Ahad (30 Ogos) berikutan kerja pembersihan Intake No. 2 di Loji Rawatan Air (LRA) Telibong I, Tuaran.
Jabatan Air Sabah dalam notis gangguan bekalan air berjadual yang dikeluarkan pada 20 Ogos berkata, pengurangan sementara pengeluaran air terawat di LRA Telibong I diperlukan bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan berkenaan dilaksanakan.
Gangguan dijadualkan berlaku dari 12 tengah malam hingga 12 tengah malam sepanjang tempoh berkenaan.
Menurut notis itu, kawasan terjejas akan mengalami gangguan bekalan air dan pemulihan bekalan juga akan berlaku secara berperingkat.
Di Kota Kinabalu, kawasan terlibat ialah seluruh Pekan Menggatal, Kg Madsiang, Kg Pulutan, Kg Rampayan, Kg Darau, Taman Richar, Taman Permai, Taman Inanam Laut, Taman Bakti Ikhlas, Kg Warisan, Kg Kalansanan, Telipok Ria, Telipok Jaya, Taman Fajar, Puncak Menggatal, Taman Satria, Taman Sri Baru, Kg Giling, Kg Telipok, Kg Maruah Sumagid, Pekan Telipok, Kg Timbok, Apartment Putramas, penempatan Telipok, Kg Surunuon, Taman Puterajaya, Taman Putera Perdana, UUC, Bandar Sierra, Bandar Sierra Shoplot, Grand Merdeka, Kg Tebobon, Taman Bukit Sepanggar, Kg Kolangau, Taman Canggih, UCA2, Taman Rimba, Kg Gudon, Alam Puteri Apartment dan kawasan sekitarnya.
Bagi Tuaran, kawasan terjejas meliputi sepanjang Jalan Berungis ke Tamparuli, Kg Telibong, Kg Kauluan, Kg Bahagis, Kg Lakang, Kg Panjut, Kg Tambalugu, Kg Tagas, seluruh kawasan Agriculture Centre Tuaran, Kg Metalin, Kg Nongkolud, Kg Giling Tengah, Kg Giling Laut, Kg Maruah Sumagid, Kg Sukoli, Kg Rugading, Taman Sri Rugading, Taman Telipok Ria, Taman Telipok Jaya, Taman Layar Impian, sepanjang Jalan Lama Telipok ke Tuaran, seluruh Pekan Tuaran, Kg Tanjong Terong, kawasan Balai Polis Tuaran, kawasan Bomba Tuaran, Kg Raun, Kg Bundung, Kg Bulieng, Kg Selupoh, Kg Tutuh, Kg Indai, Kg Termenung, Kg Simpangan, Kg Serusop, Kg Tajau, Penampang Baru, Kg Lumawang, sepanjang Jalan Kiulu, Pekan Kiulu, Kg Ranap, Kg Tombongon, Kg Malangang Baru, Kg Malangang Lama, Kg Ponohuon, Kg Tompinahaton, Kg Rangalau Baru, Kg Rangalau Lama, Kg Kiansom Baru, LCH, Kg Kiansom Baru Tamparuli, Telipok, Metro Giling, Kampung Gayang, Karambunai Baru, Kg Batangan Baru, Kg Terayung, Pantai Dalit Resort, Tanjung Badak, Kg Laya-Laya, Perumahan Laya-Laya, Taman Layar Impian Laya-Laya, Taman Megah, Taman Batik, Kg Batik, Villa Sentosa, Kg Tambalang, Taman Casa Indah, Taman Emas Ria, sepanjang Jalan Sabandar, Taman Sri Tambalang, Taman Sabandar Jaya, Taman Bayu Idaman, Taman Kinetal, Taman Sri Sabandar, Taman Indah Ria, Taman Limbai Ria, Kg Sabandar, Kg Bolong Baru, OL Marine, Kg Bolong Lama, Kg Simpangan, Kg Indai, Taman Sulaman Jaya dan kawasan sekitarnya.
Jabatan Air Sabah menasihatkan pelanggan di kawasan terjejas supaya menyimpan bekalan air yang mencukupi serta menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Hotline Jabatan Air Kota Kinabalu di 088-892220 atau Hotline Jabatan Air Tuaran di 088-892224.
“Segala kesulitan amat dikesali,” menurut notis itu.



































