Elvyra Johan Unduk Ngadau Peringkat Daerah Tawau 2026 bergambar bersama hadiah kemenangan.
TAWAU : Kepetahan berbahasa ibunda melayakkan Elvyra Edna Robert dinobatkan Unduk Ngadau Tawau 2026 sempena sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tawau, pada Ahad.
Elvyra yang akan mewakili daerah Tawau ke pertandingan Unduk Ngadau peringkat negeri di Dewan Hongkod Koisaan, Penampang pada 31 Mei ini membawa pulang hadiah wang tunai RM4,500 beserta piala dan jambangan bunga selepas menewaskan enam peserta lain.
Sementara itu, Alexie Joey Alphonsus muncul naib juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 manakala tempat ketiga dimenangi Adryenisca Paul dengan hadiah wang tunai RM1,500.
Terdahulu, sambutan pesta Kaamatan berlangsung di Dewan Sri Tawau itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui.
































