KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun, menerima kunjungan hormat daripada Sawit Kinabalu di pejabatnya pada Khamis lalu. (Gambar)
Kunjungan tersebut diketuai Pengerusinya, Datuk Hazem Mubarak Musa bersama rombongan.
Dalam pertemuan itu, Masidi diberi taklimat mengenai perkembangan semasa syarikat oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Victor Ationg.
































