Hajiji (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Tengku Muhammad Taufik.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor menyambut baik komitmen PETRONAS untuk meneroka kerjasama lanjut bagi memperluas penyertaan Sabah dalam industri minyak dan gas.
Dalam pertemuan bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan di Menara Kinabalu hari ini, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, Ketua Menteri telah diberi taklimat mengenai hala tuju kerjasama strategik serta status semasa operasi Petronas di negeri ini.
Tengku Muhammad Taufik turut memaklumkan kepada Ketua Menteri mengenai usaha bantuan banjir Petronas bagi menyokong usaha Kerajaan Negeri dalam membantu komuniti yang terjejas di Sabah baru-baru ini.
Delegasi Petronas turut disertai oleh Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Gas dan Maritim, Datuk Adif Zulkifli; Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), Datuk Bacho Pilong; Naib Presiden Hubungan Strategik dan Komunikasi Kumpulan, Ir. Norafizal Mat Saad serta pegawai-pegawai kanan Petronas.
































