LONDON: Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari sebuah belon udara panas di West Sussex, semalam.
Menurut Utusan Malaysia, polis Sussex memaklumkan, pihaknya menerima laporan kejadian berhampiran Newpound Common, Wisborough Green sekitar pukul 9 pagi sebelum melancarkan operasi menggunakan dron dan anjing pengesan.
Mayat mangsa ditemukan di sebuah ladang kira-kira pukul 1.50 tengah hari.
Polis mengesahkan mangsa merupakan penumpang dalam penerbangan belon udara panas yang berlepas dari Billingshurst menuju ke Dunsfold.
Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan dan kejadian itu tidak dianggap mencurigakan.
































