SANDAKAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mendengar taklimat mengenai pembinaan Pusat Islam Sandakan yang kini siap kira-kira 75 peratus. (Gambar)
Taklimat tersebut disampaikan oleh arkitek projek, Mir Zafriz Mior Zawari, di lokasi pembinaan di Jalan Sungai Kayu, di sini.
Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Mohd. Arifin Mohd. Arif; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib; serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong.
Projek pembinaan itu bertujuan memperkasa syiar Islam di Sabah dan dijangka menjadi mercu tanda baharu bandar Sandakan. Ia turut menempatkan pelbagai kemudahan termasuk masjid dan dewan, dan dijadual siap sepenuhnya pada akhir tahun ini.
Pada sebelah petang, Ketua Menteri turut menghadiri Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat sempena sambutan Maulidur Rasul SAW di Masjid Daerah Sandakan.


































