Hajiji berbual bersama Karunanithy semasa kunjungan hormat tersebut.
KOTA KINABALU: Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah yang akan menamatkan perkhidmatannya, Datuk Karunanithy Subbiah, hari ini mengadakan kunjungan hormat perpisahan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu.
Karunanithy yang telah berkhidmat di Sabah sejak Mac 2019 akan mengetuai SPRM Pulau Pinang mulai minggu ini. Beliau akan digantikan oleh Datuk Mohd Fuad Bee Basrah sebagai Pengarah SPRM Sabah yang baharu.
Ketua Menteri merakamkan penghargaan atas khidmat Karunanithy sepanjang berada di Sabah dan mendoakan kejayaan beliau dalam penempatan baharunya.


































