Gambar Hiasan
PETALING JAYA: Jerebu di negara ini menunjukkan tanda-tanda pemulihan apabila hanya satu kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat, hari ini.
Menurut Utusan Malaysia, berdasarkan maklumat di laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS), Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri di Sarawak merekodkan bacaan IPU 139 setakat pukul 4 petang.
Kualiti udara yang tidak sihat itu dipercayai dipengaruhi oleh cuaca panas dan kering susulan Monsun Barat Daya serta kebakaran hutan yang berlaku di beberapa kawasan.
Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala bacaan melebihi 300 diklasifikasikan berbahaya.

































