Masidi (lima dari kiri) bersama tetamu lain menggaul yee sang yang sinonim dengan Tahun Baharu Cina.
KOTA KINABALU: Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menghadiri Majlis Makan Malam Sempena Tahun Baharu Cina Affin Bank, pada Selasa malam.
Ketika berucap Masidi berkata, majlis tersebut amat baik untuk Affin Bank bersama pelanggan dan rakan niaga yang terdiri dari pelbagai latar belakang perniagaan. dalam satu majlis.
Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Presiden Dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin, Datuk Wan Razly Abdullah dan Yang di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Seri Yahya Hussin.


































