Francesco Bagnaia memimpin perlumbaan diekori Enea Bastianini dan Jorge Martin dalam perlumbaan sprint Grand Prix Barcelona di Catalunya, hari ini.
BARCELONA: Francesco Bagnaia mempamerkan persembahan menakjubkan apabila menjuarai perlumbaan sprint MotoGp Grand Prix Barcelona dalam usahanya untuk menjulang gelaran dunia muism ini.
Menurut Utusan Malaysia, pendahulu perlumbaan musim ini, Jorge Martin menamatkan perlumbaan di tempat ketiga di belakang rakan sepasukan Ducati-Lenovo, Bagnaia, Enea Bastianini sekali gus keciciran 19 mata ke penghujung penamat MotoGP.
“Tugas saya selesai hari ini dan selepas ini (perlumbaan akhir) saya akan cuba mengulanginya. Saya sangat berhati-hati pada tunggangan awal. Sebaik sahaja mendahului pelumba lain, saya sudah tahu kedudukan di grid sudah cukup untuk memberi ruang besar kepada saya pada perlumbaan akhir selepas ini. Saya mencapai objektif hari ini,” kata Bagnaia.
Bagnaia berlumba di Barcelona dengan ketinggalan 24 mata di belakang Martin dan semesti dia perlu memenangi perlumbaan akhir MotoGP selepas ini untuk menafikan peluang Martin menjulang kejuaraan dunia buat pertama kali.
Pelumba Itali itu menang 10 daripada 19 perlumbaan grand prix musim ini tetapi kekurangan konsistensi menafikan peluangnya lebih awal.


































