Hajiji menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Dato’ Sri Dr.Ruddy Awah yang juga Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Pitas menyerahkan sumbangan
Tabung Tahunan Pendidikan N.13 Pitas kepada wakil pihak sekolah.
PITAS: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) boleh diadakan lebih awal jika beliau memutuskan untuk mengadakannya sebelum tarikh tamat tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) sekarang.
“PRN akan datang paling akhir pada Oktober tahun depan, jadi saya fikirlah bila kita akan adakan PRN.
“Kalau saya fikir awal, maka awal lah, kerana itu, kita kena bersiap sedia dari sekarang,” kata Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) itu ketika merasmikan Mesyuarat Tahunan Gagasan Rakyat Bahagian Pitas di Dewan Majlis Daerah Pitas, hari ini.


































