TUARAN: Seorang lelaki warganegara Kazakhstan hilang dan dikhuatiri lemas ketika sedang menjalankan aktiviti mandi-manda di pantai di sini pagi ini.
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu menerusi talian MERS999 pada jam 8.19 pagi.
Pasukan bomba diketuai Komander Operasi, PBK II Norkizan Durudin dari BBP Tuaran telah ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa.






























