Polis mengesahkan sedang menyiasat kes dan mengenal pasti pelaku.
BANGKOK: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun diserang oleh jirannya hanya kerana mangsa menyahrakan pelaku di Facebook.
Menurut Utusan Malaysia, insiden yang berlaku di Samut Prakan, tengah Thailand itu menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan dan kesejahteraan remaja terbabit.
Serangan itu berlaku selepas ibu saudara mangsa meminta bantuan daripada aktivis Kan Chom Phalang.
Jiran itu, yang berang dengan mangsa menyahrakan di Facebook, bertindak memecah masuk rumahnya dan menyerang remaja terbabit.
Sebelum ini, pelaku pernah menghantar mesej ugutan kepada kakak mangsa melaluinya, malah pernah dua kali menyerang kerana tidak membantu menjual jus kratom.
Susulan itu, Kan Chom Palang membawa mangsa ke Balai Polis Bang Phli untuk membuat laporan pada 18 Julai lepas.
Keluarga remaja itu mendedahkan mereka pernah menghadapi ugutan dan gangguan daripada jiran terbabit sebelum ini.
Polis mengesahkan sedang menyiasat kes itu dan mengenal pasti pelaku.
Ia turut menyifatkan serangan yang berlaku pada pukul 7 pagi (waktu tempatan) merupakan pencerobohan dan serangan fizikal.
Pada mulanya, bapa mangsa enggan melaporkan perkara tersebut, namun ibunya mahukan keadilan.
Ini bukan kali pertama pelaku mengganggu keluarga mangsa.
Difahamkan, pelaku turut terlibat dengan penyalahgunaan dadah.































