Reaksi pemain Belanda selepas menewaskan Turkiye 2-1 dalam aksi suku akhir Kejohanan Eropah (Euro) 2024.
BERLIN: Dua jaringan yang diperoleh Belanda sudah cukup untuk melayakkan mereka mara ke separuh akhir Kejohanan Eropah (Euro) 2024 apabila bangkit menewaskan Turkiye 2-1 pada aksi suku akhir kejohanan.
Menurut Utusan Malaysia, Turkiye terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan Samet Akaydin pada minit ke-35 namun Belanda berjaya menyamakan kedudukan hasil percubaan Stefan de Vrij pada minit ke-70.
Bagaimanapun kesilapan pertahanan Turkiye, Mert Mulder yang tertampan bola masuk ke dalam gawang sendiri telah memberi tiga mata berharga kepada Belanda.
“Malam ini kami dipaksa bekerja keras dan saya amat berbangga dengan rakan epasukan. Di mata saya, kami bermula dengan baik namun kami cuai dan hilang bola pada waktu penting.
“Kemudian kami membuat percubaan dan kekal bertenang serta mengambil kesempatan terhadap setiap peluang yang anda. Kami mahu menyempurnakan impian kami dan kami sudah semakin hampir,” kata kapten Belanda, Virgil van Dijk.
Belanda bertemu England pada aksi separuh akhir kejohanan 11 Julai ini.
































