Nik Nazmi Nik Ahmad
KUALA LUMPUR: Kerajaan menerusi Kementerian Kewangan berbincang dengan Bank Dunia untuk memajukan sama ada boleh melihat kebolehlaksanaan cukai karbon di negara ini.
Menurut Utusan Malaysia, perkembangan itu dimaklumkan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.
“Jadi, perbincangan itu sedang berlangsung dan pada kita ini, antara perkara yang akan ambil kira dalam proses penggubalan Rang Undang-Undang Iklim Negara yang sedang dibuat sekarang.
“Jadi, saya percaya kalau kita ada harga tersebut, harganya lebih baik dalam kita ada realiti pasaran sekarang yang harganya agak rendah,” kataya dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd. Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) berhubung Akta Harga Karbon seperti di Singapura.


































