Jude Bellingham buktikan beliau mampu membawa England melangkah lebih jauh di Euro 2024.
GELSENKIRCHEN: Pemain England, Jude Bellingham mencipta kejutan apabila menjaringkan gol akrobatik menentang Slovakia sekali gus menutup mulut pengkritik terhadap pasukannya.
Menurut Utusan Malaysia, England hampir di ambang kekalahan apabila Slovakia mendahului permainan sehingga masa kecederaan namun, pemain berusia 21 tahun itu mengheret ke masa tambahan.
“Bermain untuk England sememangnya perasaan yang tidak dapat diungkapkan namun ia juga menghadirkan tekanan. Orang ramai sering bercakap buruk kepada anda dan apabila anda memberi persembahan terbaik, ianya dapat menutup mulut mereka.
“Sejujurnya, sukar untuk datang ke sidang media dan bertemu bual sebagai pemain bola sepak kerana kami sentiasa dikecam.
Pada aksi terbabit, jaringan gol Harry Kane pada minit pertama masa tambahan memastikan kemenangan England untuk mara ke suku akhir Euro 2024.
Dalam pada itu, Bellingham meluahkan perasaannya ketika menjaringkan gol pada penghujung perlawanan, di tambah lagi lebih kurang 30 saat sebelum wisel penamat ditiupkan.
“Dalam perlawanan antarabangsa terutamanya peringkat kalah mati, ia adalah perasaan paling hambar kerana anda hanya 30 saat daripada dihantar pulang dan perlu mendengar kecaman dan kekecewaan orang.
“Namun dalam 30 saat, satu sepakan boleh mengubah segala-galanya. Ianya perasaan yang saya tidak pernah mahukan dan tidak mahu berada di dalamnya. Tetapi apabila ia berlaku, ia terasa hebat.
England bakal berentap bersama Switzerland pada peringkat suku akhir yang dijadualkan tengah malam, Ahad ini.


































