Pemain Jerman meraikan kejayaan layak ke suku akhir Kejohanan Eropah (Euro) 2024 bersama penyokong selepas menewaskan Denmark 2-0 di Dortmund.
DORTMUND: Jerman menepati ramalan untuk layak ke suku akhir Kejohanan Eropah (Euro) 2024 apabila menewaskan Denmark 2-0 dalam aksi kalah mati kejohanan, pagi ini.
Bagaimanapun, skuad kendalian Julian Nagelsmann itu dipaksa bekerja keras selepas penjaga gol Denmark, Kasper Schmeichel beraksi cemerlang sepanjang babak pertama.
Menurut Utusan Malaysia, Denmark hampir berada di depan bagaimanapun jaringan Joachim Andersen pada minit ke-48 dibatalkan kerana ofsaid.
Jerman terpaksa menanti pada minit ke-53 sebelum berjaya menembusi gawang Denmark hasilkan sepakan penalti Kai Havert selepas bola terkena tangan Andersen.
Skuad Die Mannschaft itu menggandakan jaringan pada minit ke-68 hasil rembatan kaki kanan Jamal Musiala sekali gus mengesahkan tiket ke suku akhir menjadi milik mereka.
Skuad kendalian Nagelsmann itu dijadual bertemu Sepanyol atau Georgia pada 6 Julai ini.






























