Penjaga gol Kanada, Maxime Crepeau cuba membantu pembantu pengadil yang rebah dan pengsan ketika pertemuan Kanada dan Peru di Children’s Mercy Park.
KANSAS CITY: Seorang pembantu pengadil rebah dan pengsan pada babak pertama aksi Kumpulan A Copa Amerika antara Peru dan Kanada pagi tadi selepas perlawanan berlangsung dalam cuaca panas dan lembap di Children’s Mercy Park, di sini.
Menurut Utusan Malaysia, Humberto Panjoj rebah pada masa kecederaan babak pertama, dengan penjaga gol Kanada, Maxime Crepeau pantas untuk cuba menarik perhatian pegawai perubatan.
Pegawai dari Guatemala itu kemudian dirawat di sisi padang sebelum kembali sedar namun dibawa keluar menggunakan pengusung.
Berdasarkan ramalan cuaca, suhu di Kansas City dijangka mencecah 34 Celsius hari ini dengan kelembapan sekitar 53 peratus.


































