Fahmi Fadzil menerima kunjungan hormat TYT Jin Zhuanglong, Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China.
PETALING JAYA: Kerajaan terus komited untuk melaksana dasar model dwi rangkaian 5G, kata Fahmi Fadzil.
Menurut Utusan Malaysia, Menteri Komunikasi itu berkata, syarikat-syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam pelaksanaan model dwi rangkaian tersebut akan melengkapkan proses pegangan ekuiti dalam Digital Nasional Bhd (DNB) pada 21 Jun ini.
“Sejurus selepas itu, proses mengenal pasti telco yang akan membangunkan rangkaian 5G kedua akan bermula.
“Proses ini hanya akan dibuka kepada syarikat-syarikat telco yang telah melengkapkan pegangan ekuiti (SSA) di dalam DNB,” katanya dalam kenyataan kelmarin.
Selepas itu, kata beliau, proses mengenal pasti telco yang akan membangunkan rangkaian 5G kedua akan bermula.
“Proses ini hanya akan dibuka kepada syarikat-syarikat telco yang telah melengkapkan SSA di dalam DNB.
“Pelaksanaan rangkaian 5G kedua bersifat komersial, tetapi kerajaan melalui Kementerian Komunikasi memutuskan dasar dwi rangkaian untuk memacu persaingan dan memastikan kemapanan (sustainability) ekosistem telekomunikasi dalam negara,” katanya.
Terdahulu, Fahmi menerima kunjungan hormat Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China, Jin Zhuanglong.
Menurut Fahmi, dalam pertemuan lebih 40 minit itu, mereka membincangkan banyak perkara berkaitan isu telekomunikasi termasuk pelaksanaan rangkaian 5G kedua.
“Selain itu, perbincangan kami turut memberi fokus kepada usaha mengeratkan hubungan antara kedua-dua kementerian.
“Saya turut menyentuh teknologi “direct-to-cell” melibatkan satelit orbit rendah Bumi (LEO) yang mungkin dapat membantu mengatasi masalah internet di kawasan terpencil, serta kawasan yang tiada sambungan internet,” katanya.


































