Anwar Ibrahim
PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil berikutan wujud pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
Menurut Utusan Malaysia, Perdana Menteri berkata, beliau menyokong semua usaha yang dilakukan oleh pihak polis dan meminta rakyat untuk memberi kerjasama.
Beliau mengulas berkenaan serangan ke atas Balai Polis Ulu, Tiram Johor Bahru awal pagi tadi,
“Soal keamanan kita tidak tolak ansur, kerajaan akan tegas. Nyawa rakyat adalah keutamaan kita, tiada maknanya kemajuan sekiranya keamanan tidak dikawal.
“Tindakan keras akan diambil bagi menghentikan keganasan ini dan saya menyokong penuh langkah diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya dalam satu kenyataan.
Awal pagi tadi, dua anggota polis yang bertugas di Balai Polis Ulu Tiram, Johor maut selepas diserang suspek dipercayai ahli Jemaah Islamiyah (JI).
Setakat ini polis telah menahan tujuh individu termasuk bapa kepada suspek utama dalam serangan maut itu.


































