PETALING JAYA: Sebanyak lima kawasan di Semenanjung merekodkan gelombang haba atau cuaca panas pada tahap 2 setakat pukul 4.30 petang kelmarin.
Menurut Utusan Malaysia, Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) memaklumkan kawasan itu melibatkan Besut dan Kuala Terengganu di Terengganu serta Pasir Mas, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan.
Tahap 2 menyaksikan suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celsius dicatatkan sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Dalam pada itu, terdapat 15 kawasan di Semenanjung berada pada tahap 1 atau berjaga-Jaga.
Ia melibatkan kawasan Padang Terap, Pendang dan Baling di Kedah; Kuala Kangsar di Perak serta Setiu, Dungun dan Hulu Terengganu di Terengganu.
Selain itu, kawasan lain membabitkan Kota Bharu, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Jeli di Kelantan serra Raub, Jerantut, Bera dan Temerloh di Pahang.
“Terdapat 1 kawasan di Sabah berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Kota Marudu,” katanya.
Tahap berjaga-jaga menyaksikan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.


































