Pemain Arsenal meraikan jaringan gol Kai Havertz menentang Chelsea di Emirates, London, hari ini. Arsenal menang 5-0.
LONDON: Kai Havertz dan Ben White masing-masing menjaringkan dua gol dan satu daripada Leandro Trossard untuk membantu Arsenal membelasah Chelsea 5-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sekali gus memberi tekanan kepada Liverpool dan Manchester City.
Menurut Utusan Malaysia, kemenangan itu membolehkan Arsenal mendahului liga dengan kelebihan tiga mata mengatasi Liverpool dan empat mata meninggalkan City.
Namun, laluan untuk menjuarai liga masih berada di tangan City selaku juara bertahan kerana masih mempunyai baki dua perlawanan lagi.
Apa pun, jaringan gol Gunners memberi mereka kelebihan, malah boleh menjadi faktor penentuan kemenangan nanti.
KEPUTUSAN
Arsenal 5 (Trossard 4, White 52, 70, Havertz 57, 65) Chelsea 0
KEDUDUKAN
P M S K J B Mt
Arsenal 34 24 5 5 82 26 77
Liverpool 33 22 8 3 75 32 74
Man City 32 22 7 3 76 32 73
Aston Villa 34 20 6 8 71 50 66
Tottenham 32 18 6 8 65 49 60
Newcastle 32 15 5 12 69 52 50
Man Utd 32 15 5 12 47 48 50
West Ham 34 13 9 12 54 63 48
Chelsea 32 13 8 11 61 57 47
Brighton 32 11 11 10 52 50 44
Wolves 33 12 7 14 46 53 43
Fulham 34 12 6 16 50 54 42
Bournemouth 33 11 9 13 48 60 42
Crystal Palace 33 9 9 15 42 56 36
Brentford 34 9 8 17 52 59 35
Everton 33 10 8 15 34 48 30
Nottm Forest 34 7 9 18 42 60 26
Luton 34 6 7 21 47 75 25
Burnley 34 5 8 21 37 69 23
Sheff Utd 33 3 7 23 31 88 16


























