SANDAKAN: Pemilik syarikat Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC), Datuk Dexter Lau dan isterinya, Datin Siew Yee meraikan 120 kanak-kanak yatim, kurang upaya (OKU) dan asnaf dengan membeli-belah baju raya di pasaraya Servay Hypermarket Sandakan dan Parkwell Servay Sandakan kelmarin.
Ia diadakan sempena jelajah Program Amal Iftar Ramadan dan Membeli-belah yang dianjurkan bersama oleh KTC dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) di setiap kawasan parlimen.

Pengarah UPPM Sabah, Datuk Awang Kadin, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri yng juga Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Negeri, Datuk Redonah Bahanda dan Ketua Bahagian Sungai Sibuga, Datuk Amirshah Yaakub,.
































