Tonggak tengah Manchester United, Antony (kiri) meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukan, Amad Diallo dalam saingan suku akhir Piala FA menentang Liverpool di Old Trafford.
MANCHESTER: Manchester United memadamkan impian kejayaan quadruple Liverpool dalam musim akhir Jurgen Klopp di Anfield apabila menang 4-3 dalam saingan suku akhir Piala FA di Old Trafford yang diheret ke permainan masa tambahan.
Menurut Utusan Malaysia, jaringan Amad Diallo memastikan tempat United ke separuh dan akan menentang pasukan divisyen dua Coventry manakala dalam satu lagi saningan Manchester City akan bertemu Chelsea.
Anak-anak buah Erik ten Hag kini berasa lebih yakin untuk mara ke perlawanan akhir berbanding peluang dimiliki Coventry.
Dua gol dalam tempoh tiga minit daripada Alexis Mac Allister dan Mohamed Salah di hujung perlawanan babak pertama meletakkan ramalan awal Liverpool akan menang dalam pertemuan itu selepas Scott McTominay membuka jaringan awal.
United kembali mengikat perlawanan yang kemudiannya diheret ke masa tambahan apabila Antony menyamakan kedudukan menerusi jaringan pertamanya dalam tempoh lebih setahun berada di Old Trafford.
Liverpool kembali menguasai selepas jaringan Harvey Elliott meletakkan Reds di depan sebelum Marcus Rashford menyamakan kedudukan 3-3 sebelum Diallo mengesahkan kemenangan dalam saingan sengit kedua-dua pasukan itu.
” Pasukan kami menunjukkan permainan sebenar untuk menang perlawanan ini. Mental pemain kuat dan kami mendapat sokong padu peminat,” kata Ten Hag.
































