Seoramg lelaki dan perempuan ditemukan maut dalam kereta berkunci di tempat letak kereta sebuah stesen minyak di Jalan Segamat-Kuantan.
KUANTAN: Dua orang masing-masing lelaki dan perempuan ditemukan meninggal dunia dalam kereta berkunci di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Jalan Segamat-Kuantan di sini kelmarin.
Menurut Utusan Malaysia, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, sepasukan bomba dari Balai Bomba Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan pada pukul 4.10 petang.
Katanya, sebaik tiba dilokasi kejadian, komander operasi melaporkan terdapat seorang lelaki dan perempuan tidak sedarkan diri dalam kereta berkenaan.
“Pasukan bomba membuat operasi membuka pintu kereta menggunakan peralatan menyelamat.
“Sebaik pintu berjaya dibuka, didapati mangsa seorang lelaki dan perempuan sudah meninggal dunia serta disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan ,” katanya di sini kelmarin.
Menurut Zulfadli, mayat kedua-dua mangsa berkenaan kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.
































