Sultan Ibrahim berkenan menerima simbolik nombor kenderaan keluaran khas ‘GOLD 1’ daripada Anthony Loke Siew Fook di Istana Negara, Kuala Lumpur. -Gambar/Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
PETALING JAYA: Nombor plat kenderaan keluaran khas ‘GOLD 1’ menjadi milik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selepas membida nilai tertinggi dalam sejarah negara, lapor Utusan Malaysia.
Menurut hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, bidaan sebanyak RM1.5 juta itu akan disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan.
Terdahulu, Seri Paduka berkenan menerima mengadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook di Istana Negara hari ini.
Pada pertemuan itu, Siew Fook turut mempersembahkan secara simbolik nombor plat kenderaan berkenaan kepada Yang di-Pertuan Agong.


































