Lokasi mayat penjawat awam ditemukan maut selepas dipercayai terjun dari tingkat 21 di sebuah kondominium di Cheras.
PETALING JAYA : Seorang penjawat awam maut dipercayai terjun dari tingkat 21 di sebuah kondominium di sini, kelmarin.
Polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 9 malam.
Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, mangsa berusia 40 tahun itu ditemukan terbaring di kaki lima di kediaman berkenaan oleh pengawal keselamatan.
“Mangsa seorang wanita telah terjun dari tingkatan 21 di bangunan Blok C kondominium berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.
Terdahulu, tular beberapa gambar memaparkan mangsa ditemukan di tingkat bawah kediaman berkenaan.
Difahamkan, mangsa adalah penjawat awam yang berkhidmat di sebuah agensi di ibu kota.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) untuk dibedah siasat.


































