Kebakaran melibatkan tingkat 17 di Blok 70, Flat Sri Sabah, Cheras, Kuala Lumpur.
PETALING JAYA: Beberapa buah kediaman di tingkat 17, Flat Sri Sabah, Cheras dekat sini terbakar malam tadi.
Setakat ini difahamkan kebakaran melibatkan enam kediaman di Blok 70 di flat tersebut.
Menurut Utusan Malaysia, Jurucakap Bomba Kuala Lumpur mengesahkan kejadian dan memaklumkan, operasi memadam kebakaran sedang dilakukan.


































