Lokasi kejadian kepala air di sungai dekat Kampung Poh, Bidor yang mengorbankan seorang wanita sementara empat lagi masih hilang.
TAPAH: Seorang wanita ditemukan lemas manakala empat lagi dikhuatiri hilang selepas dihanyutkan kepala air ketika berkelah di sungai dekat Kampung Poh, Bidor di sini hari ini
Menurut Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 4.03 petang.
Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor telah dihantar ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
“Kejadian membabitkan tujuh individu yang berkelah di lokasi berkenaan. Dalam kejadian itu, seorang wanita ditemukan lemas sementara empat lagi hilang termasuk tiga kanak-kanak.
“Seorang wanita dan seorang kanak-kanak dianggarkan berusia 12 tahun terselamat,” katanya.
Menurut beliau, operasi mencari dan menyelamat kesemua mangsa sedang dijalankan.
































