Tun Juhar bersama Toh Puan Norlidah bergambar bersama Keluarga besar OKK Sinakagon Dugasa dan Gadi.
PAPAR: Buat pertama kalinya 1000 ahli keluarga keturunan OKK Sinakagon Dugasa dan Gadi bertemu dalam satu majlis Hari Keluarga tersebut, baru-baru ini.
Isteri kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni berkata pertemuan memperkenalkan keturunan besar keluarga berbilang bangsa dan agama ini penting bagi mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli keluarga.
“Walaupun pertama kali ia diadakan namun majlis perkumpulan keluarga ini tetap mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Toh Puan Norlidah menyampaikan sumbangan pada acara tersebut.
“Syabas dan tahniah juga kepada Enwati Malujang dan Pengerusi Penganjur, Jennifer Abin Lianjun serta ahli-ahli jawatankuasa yang terlibat atas usaha mengukuhkan silaturrahim dalam keluarga besar ini,”katanya semasa merasmikan majlis tersebut.
Beliau yang hadir ditemani oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin turut berharap penghasilan buku salasilah keluarga besar yang diterajui oleh Enawati akan dapat direalisasikan dengan jayanya bagi menjadi rujukan untuk mengenal susur galur keluarga masing-masing.
Pada majlis tersebut, turut diadakan sumbangan wang tunai kepada 51 ahli keluarga tersebut yang terdiri daripada ibu tunggal, balu dan orang kurang upaya (OKU).
Hadir sama, Pengurus Shangri-La Tanjung Aru Resort, Datuk Edward Dagul, Pengerusi Yayasan Nur Jauhar, Datuk Al Hambra Tun Juhar dan wakil Ketua Polis Daerah Papar, ASP Airul Syukri @ Remy Saini.


































