Jainisah ketika menyampaikan ucapannya.
KOTA KINABALU: Warga Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah perlu bersedia menghadapi cabaran dan memperkasakan diri dalam memastikan hala tuju jabatan sentiasa relevan.
Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor berkata pegawai JaPen harus membudayakan pembelajaran sepanjang hayat kerana ilmu dan kemahiran baharu perlu agar kakitangan dapat mengatasi menghadapi cabaran pada masa akan datang.
“Kita perlu sentiasa mengingatkan diri dalam apa juga keadaan dan suasana, perlu bersedia untuk berubah mengikut situasi semasa bagi menjadikan jabatan kekal relevan kepada masyarakat.
“Saya juga ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2024 kepada semua warga JaPen, semoga kita dapat meningkatkan prestasi jabatan melalui program-program yang ada,” katanya semasa Majlis Sambutan Tahun Baharu 2024 JaPen Sabah di Kompleks Kementerian Komunikasi.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Supian Musa dan semua Ketua Penolong Pengarah (KPP) JaPen Sabah.


































