Antara aksi yang dipamerkan ketika acara wushu.
KOTA KINABALU: Kontinjen Tawau membawa pulang dua pingat emas melalui acara wushu dalam Sukan Sabah (SAGA) Edisi Ke-10.
Pingat berkenaan diperoleh melalui Ezekiel Chong Ian bagi kategori Taijijian lelaki dengan pungutan mata 7.82 dan Lee Sien Bin dalam kategori Nanquan lelaki dengan pungutan mata 8.90.
Manakala, atlet daripada Kota Kinabalu, Ericsson Bong Chen Loong merangkul pingat emas bagi kategori Changquan lelaki dengan pungutan mata 9.18 disusuli atlet Putatan, Lee Sien Zhang di tempat kedua dengan pungutan mata 8.92 dan Ignatius Chong E Noch di tempat ketiga dengan pungutan mata 8.88.
Bagi wanita pula, atlet daripada Papar, Isabelle Solibun mengungguli kategori Taijijian dengan pungutan mata 8.95, atlet Kota Kinabalu, Cassandra Wong Ya Li ditempat kedua dengan pungutan mata 8.80 dan Aqilah Chan Si Ting dari Keningau di tempat ketiga dengan pungutan mata 7.97.
Sementara itu, bagi kategori Nangun wanita, pungutan mata 7.54 melayakkan atlet Sipitang, Ng Qian Qi memenangi pingat emas menewaskan atlet Kuala Penyu, Dayang Nurul Ain Qisya di tempat kedua dan Ezra Danielle Daniel dari Keningau di tempat ketiga.
Manakala, atlet daripada Keningau, Avey Avylla Laban muncul juara bagi kategori Changquan wanita dengan pungutan mata sebanyak 8.92 disusuli atlet Kota Kinabalu, Kim Yea Eun dan atlet Nabawan, Delynn Misia Denny masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Penolong Pembangunan Sukan Majlis Sukan Negeri Sabah, Dg Siti Anne Nooraini Abu Bakar di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) St James, pada Rabu.






























