Pemain Lahad Datu, Dayang Iderina Abdullah (dua kanan) ketika membuat jaringan.
KOTA KINABALU : Pasukan Keningau dan Lahad Datu mara ke perlawanan akhir bola jaring Sukan Sabah Edisi Ke-10 (SAGA X).
Keningau mengesahkan tiket ke pusingan penentuan pingat emas selepas menewaskan Tongod dengan 75-49.
Sementara itu, Lahad Datu meneruskan saingan ke peringkat akhir setelah mengalahkan Kota Kinabalu dengan pungutan mata 43 – 34.
Perlawanan akhir dijangka sengit dengan rekod kedua-dua pasukan merupakan juara peringkat awal kumpulan.
Keningau mengungguli Kumpulan A manakala Lahad Datu berada di tangga teratas Kumpulan B pada saringan peringkat awal.
Berdasarkan statistik peringkat kumpulan, Keningau mencatatkan purata gol 2.05, 180 jaringan dan 88 bolos.
Sementara Lahad Datu merekodkan purata gol 1.62, 159 jaringan dan bolos 98.
Pusingan akhir akan berlangsung Khamis ini di Dewan Rafflesia, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu.