Pemenang pingat kategori double lelaki bergambar kenangan.
KOTA KINABALU: Pasukan petanque Kota Kinabalu melepasi sasaran dua pingat emas pada temasya Sukan Sabah Edisi Ke-10 (SAGA X).
Membolot emas ketiganya menerusi gandingan adik beradik, Nur Shaqina Sari dan Nur Shaqila Sari dalam kategori double wanita selepas mengalahkan pasangan Keningau dengan pungutan mata 10-6, manakala pasukan Ranau berada di tangga ketiga.
Bagi kategori double lelaki, Kota Kinabalu sekali lagi muncul johan menerusi Muhammad Fazli Alishanor dan Mohammad Syafiq Izzudin Mohammad Ali selepas menewaskan Pitas 13-1 pada perlawanan akhir, manakala gangsa dimenangi Lahad Datu.
Sementara itu, Pengurus pasukan petanque Kota Kinabalu, Awang Sabtu Pangiran Tahir ketika ditemui media di Gelanggang Petanque Politeknik berkata, pihaknya menyasarkan dua pingat emas, tetapi telah mengumpul empat emas dan melepasi sasaran awal.
Acara petanque SAGA X menawarkan 11 pingat emas dan kini berbaki 5 pingat emas menerusi kategori triple (lelaki dan wanita), individu (lelaki dan wanita) serta beregu campuran.