Lokasi kejadian pasangan warga emas maut dibunuh anaknya sendiri di Sungai Penchala.
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan sepasang suami isteri maut dibunuh anak kandung mereka di rumah mereka di Kampung Sungai Penchala di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, berlaku pertengkaran di antara anak lelaki mereka berusia 40-an dengan pasangan berkenaan.
Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan ini dan berkata, mayat pasangan warga emas berusia 72 dan 82 tahun terbabit ditemukan terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumah.
“Susulan kejadian itu, suspek melarikan diri di kawasan hutan berhampiran rumah mereka.
“Justeru, gerakan mencari suspek giat dilakukan dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9),” katanya ketika dihubungi di sini malam tadi
Kata beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


































