Pengurusan tertinggi SESB bergambar kenangan bersama rombongan Japen Sabah.
KOTA KINABALU: Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Ir Ts Mohd Yaakob Jaafar.
Kunjungan tersebut bertujuan untuk menjalin hubungan strategik antara Jabatan Penerangan Sabah (Japen) dan SESB bagi memantapkan penyampaian perkhidmatan kedua-dua agensi tersebut.
Turut hadir dalam perjumpaan berkenaan Pengurus Besar Kanan Pengurusan Aset, Idris Mohd Noor, Pengurus Besar Perkhidmatan Korporat, Khadijah Sutrisnoh, Ketua Komunikasi Korporat, Jamdin Abdul Rajik dan Ketua Regulatory Engagement Management, Nornasaliza Mohd Rafar serta Pegawai Penerangan Sabah, Siti Mariam Aziz Rashid.


































