Samad Jambri @ Jamri
KOTA KINABALU: Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Samad Jambri @ Jamri berkata, sebanyak 541 unit Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) telah siap dibina setakat 22 November tahun ini.
Tambahnya, sebanyak 959 unit lagi sedang dalam pembinaan.
Pembinaan ini dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS) melalui Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Pejabat Daerah dan Pejabat Daerah Kecil di seluruh Sabah, katanya kepada Datuk Jonnybone J. Kurum (Telupid) yang bertanya, berapa buah rumah di bawah pakej SMJ yang dikendalikan oleh Kementerian di seluruh Sabah yang telah siap dan sedang dalam pembinaan.


































