Anwar mempengerusikan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri. Hajiji duduk berhadapan dengan Perdana Menteri.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong mengiringi Ketua Menteri.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd. Ali.


































