Shahelmey (tengah) menyampaikan sumbangan roti sambil disaksikan oleh Lau (dua dari kiri)
PUTATAN: Sebanyak 500 buah keluarga di sini mendapat manfaat daripada program Khidmat Sosial Komuniti (CSR) anjuran Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) dan Hotlink kelmarin (Okt 20).
Program yang diadakan di Program Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Serigai itu disempurnakan bersama oleh Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Shahelmey Yahya yang juga Ahli Parlimen Putatan dan ADUN Tanjung Keramat, dan Pengarah Eksekutif KTC, Datuk Dexter Lau.
Lau berkata, acara tersebut merupakan salah satu daripada program CSR KTC dalam memberi serba sedikit bantuan kepada rakyat.
“Program ini adalah salah satu daripada komitmen kami dalam memberi bantuan sumbangan Khidmat Sosial Komuniti. Pemberian SIM Packs Hotlink bersama dengan sebuku roti Gardenia 600g diberikan ecara percuma kepada setiap keluarga yang terlibat.
“Melalui program seumpama ini kita berharap dapat membantu rakyat .Selain itu, ini juga sebagai tanda penghargaan kami,” katanya.
Tambah beliau, program seperti ini akan berterusan sehingga hujung tahun ini dengan mensasarkan penduduk kampung atau pekan yang memerlukan bantuan melalui Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
Lau turut berterima kasih kepada Shahelmey kerana meluangkan masa untuk hadir pada Majlis Komuniti Khidmat Sosial ini dan berharap agar dapat membantu lagi di masa akan datang.
“Saya tahu, YB Datuk Shahelmey adalah seorang yang prihatin terhadap rakyat terutama penduduk kawasan Tanjung Keramat, Putatan dan beliau adalah seorang yang mesra rakyat dan selalu turun padang.
“Tidak hairanlah ramai penduduk mendapat perhatian dan bantuan melalui UPPM dan pegawai-pegawainya yang selalu turun padang. Saya difahamkan terdapat sebanyak 500 unit rumah di PPR Kg Serigai, jadi cukup banyak keluarga yang terjaga melalu program-program seperti ini.
“Kami dari Syarikat KTC dan wakil dari Hotlink amat berterima kasih kesudian penduduk PPR Kg. Serigai khasnya dan penduduk di Putatan atas kesudian untuk menerima kami mengadakan acara ini,” katanya.
KTC adalah sebuah syarikat pertama berasal dari Sabah yang berjaya tersenarai dipasaran Ace Bursa Malaysia iaitu pasaran tertinggi iaitu setaraf dengan syarikat gergasi lain seperti AEON.
KTC juga adalah pengeluar roti Gardenia terbesar di Sabah, Sarawak dan Brunei.
“Kami amat berbangga kerana dapat membantu serba sedikit menaikkan nama Sabah di arena perniagaan setaraf dengan syarikat Syarikat gergasi yang lain,” kata Lau.
Turut hadir, Pegawai Daerah Putatan, Masawi Salleh, Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya, Mohd. Sufian Matin, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Putatan, Ahmad Helmy Taib, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N24 Tanjung Keramat, Mahadzir Abdul Majid, Head of Maxis Sabah & Sarawak, Raja @ Bhaarathyraja Thanapal dan lain-lain.


































