Jainisah (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Peto dalam kunjungan tersebut.
KOTA KINABALU: Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor mengadakan kunjungan hormat kepada Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Peto Galim di Wisma Pertanian Sabah, pada Khamis.
Kunjungan bertujuan untuk untuk mengeratkan kerjasama di samping membincangkan berkenaan Program Kita Madani yang bakal diadakan di Dewan Pisompuruan Kg. Kobuni, Inanam selama dua hari bermula 27 hingga 28 Oktober ini.
Program tersebut merupakan anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah dengan kerjasama agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital, Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam serta Pejabat Parlimen Sepanggar.
Turut hadir dalam kunjungan tersebut, Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (PKPM), Edi Rizam Kassim dan Pegawai Penerangan Daerah Kota Kinabalu, Hasmawati Karodda.


































