KOTA KINABALU: Shell telah membatalkan rancangan awal untuk menutup stesen minyaknya di Sabah berikutan beberapa siri perbincangan dengan Kerajaan Negeri.
“Kerajaan Negeri mengalu-alukan berita baik ini,” kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor, mengulas pengumuman Shell Timur Sdn. Bhd. untuk tidak meneruskan penutupan 34 stesen minyaknya di Sabah berkuat kuasa Januari tahun depan.

Hajiji Haji Noor
Susulan pengumuman Shell mengenai penutupan yang akan berlaku pada Jun lalu, Hajiji bertemu dengan Pengerusi Shell Malaysia, Siti Hurrairah Sulaiman untuk membincangkan perkara itu.
“Kami telah membawa isu ini kepada perhatian Kerajaan Persekutuan. Kami menghargai sensitiviti Kerajaan Persekutuan terhadap keadaan di Sabah dan kami menghargai bahawa mereka telah mendengar,” katanya.































