KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan melaksanakan penutupan sementara jalan dan tempat letak kereta di lokasi-lokasi yang terlibat untuk memberi laluan kepada pelaksanaan raptai dan acara sebenar Upacara Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2023 yang akan diadakan pada 31 Ogos 2023 di Dataran Bandaraya, Jalan Tun Fuad Stephens
Ketua Pengarah DBKK, Junainah Abbie berkata, perinciannya adalah seperti berikut:

Pada masa sama, katanya, kawasan tempat letak kereta bertingkat KK Sentral akan dibuka kepada peserta Upacara Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2023 tanpa dikenakan caj letak kereta mengikut masa dan tarikh penutupan jalan yang dinyatakan di atas.

“DBKK menasihatkan orang ramai dan para pengguna jalan raya untuk mematuhi arahan anggota-anggota penguat kuasa yang bertugas dan sentiasa berhati-hati serta menggunakan jalan alternatif lain dan kawasan tempat letak kereta berdekatan sepanjang tempoh penutupan sementara jalan dan tempat letak kereta ini bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik.
“Segala kesulitan amatlah dikesali,” katanya dalam satu kenyataan.





























