PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon setiap rakyat menyebarkan maklumat mengenai Skim Perubatan Madani kepada keluarga dan rakan-rakan yang memerlukan.
Menurut Utusan Malaysia, Perdana Menteri berharap skim berkenaan dapat memanfaatkan golongan sasar terutamanya kumpulan B40.
Ahli Parlimen Tambun itu berkata, ia sebagai usaha dan upaya kerajaan mewujudkan akses yang adil kepada khidmat kesihatan yang berkualiti.
“Baru-baru ini Kerajaan meluncurkan Skim Perubatan Madani yang bermatlamat untuk menampung keperluan kesihatan warga B40.
“Justeru, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan tanggungan boleh mendapatkan rawatan secara percuma di klinik perubatan swasta yang berdaftar,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.





























