Redonah sedang melihat hasil ikan yang dipancing oleh peserta.
SANDAKAN: Seramai 75 menyertai Pertandingan Memancing Santai Kolam Titanic Kampung Liningkung, Telupid, di sini, baru-baru lalu.
Program yang dianjurkan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Telupid itu dilancarkan oleh Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Redonah Bahanda yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri.
Memancing memerlukan kesabaran yang tinggi, kata Redonah yang berharap aktiviti seumpama ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara ahli-ahli Gagasan Rakyat dan masyarakat setempat.

Redonah bersama dengan ahli jawatankuasa Wanita Gagasan Rakyat Telupid.
Kolam Santai Titaanic itu dimiliki Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Telupid, Pinus Gondili
Turut hadir Timbalan Ketua Bahagian, Warday Tuahan, Ketua Wanita Gagasan Rakyat Telupid, Aneh Jamri dan pemimpin bahagian yang lain.































