Jainisah (tiga dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Junainah semasa mengadakan kunjungan hormat.
KOTA KINABALU: Kerjasama strategik di antara Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) terus diperkasakan.
Komitmen tersebut diperkukuh melalui kunjungan hormat oleh Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor kepada Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, yang diwakili oleh Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Junainah Abbie di sini, hari ini.
Hadir sama dalam kunjungan tersebut ialah Pengarah Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam DBKK, Felix I. Malangkig, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Korporat DBKK, Zainuddin Goyoh dan Pegawai Penerangan Bahagian Media dan Komunikasi Korporat (BMKK), Peter Tong.































