Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Pitas, Asmey Ruddy (duduk, tengah) bergambar bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Pemuda Gagasan Rakyat Pitas selepas mereka menerima watikah lantikan masing-masing pada majlis yang diadakan di Pejabat Gagasan Rakyat Bahagian Pitas, Pitas, Sabtu lalu (17 Jun).
Dalam amanatnya kemudian, Asmey meminta agar semua AJK yang dilantik bersatu hati, mengekalkan hubungan harmoni dalam kalangan pemuda, memberikan komitmen dan sokongan kepada Ketua Bahagian parti dan elakkan daripada timbul perasaan kurang senang dan perpecahan dalam kalangan pemuda.
Penyerahan wafikah lantikan itu dibuat selepas Majlis Pelancaran Gagasan Rakyat Bahagian Pitas yang diadakan pada hari sama.































