Haji Hajiji Haji Noor
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor menasihatkan penduduk di Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu supaya kekal tenang serta mematuhi arahan pihak berkuasa susulan amaran tsunami berikutan gempa bumi berukuran 7.9 magnitud yang berlaku di Mindanao, selatan Filipina, pagi ini.
Hajiji berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) di daerah-daerah terbabit telah diaktifkan bagi mengendalikan situasi berkenaan.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, ombak tsunami setinggi 0.4 meter dijangka melanda kawasan pantai di daerah-daerah tersebut antara jam 10.30 pagi hingga 12 tengah hari ini.
“Adalah penting untuk orang ramai kekal tenang dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa,” katanya.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri melalui Pusat Kawalan Bencana Negeri turut memantau perkembangan dan situasi semasa dengan rapi.






























