Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus memperhalusi Rang Undang‑Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) bagi memastikan hak dan kepentingan semua kaum dilindungi.
Menurut Utusan Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini penting bagi memastikan inisiatif tersebut menyokong golongan pertengahan (M40) dan berpendapatan rendah (B40), terutamanya mereka menghadapi kesukaran dalam memperoleh perumahan mampu milik di kawasan bandar.
“Sekiranya kita melihat dari segi demografi, dakwaan bahawa rang undang‑undang ini akan mengabaikan kaum Melayu atau memihak kepada satu kumpulan tertentu adalah tidak berasas.
“Kerajaan akan terus menjaga kepentingan setiap komuniti,” katanya ketika selepas merasmikan pembukaan Laluan Ekspres Lembah Klang Timur (EKVE) Seksyen 1 yang menghubungkan Persimpangan Sungai Long ke Persimpangan Ampang.
































